javascript:void(0)

Skim Rumah Pertamaku (SRP)


Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih dari RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.


Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapatkan pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia


Ciri-ciri dan Faedah Utama


* Pembelian Rumah Pertama
* Pembiayaan 100%
* Harta Kediaman sahaja


Kriteria dan Kelayakan


* Warganegara Malaysia
Pembelian Rumah Pertama
* Individu berumur sehingga 35 tahun
* Pendapatan kasar peminjam/ pelanggan perseorangan tidak melebihi RM3,000 sebulan
* Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang dari 6 bulan
* Secara amnya, jumlah pembayaran balik tidak bole melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan. Jumlah ini boleh meningkat sehingga 50% jika sekiranya terdapat faktor-faktor tambahan pengurangan kredit yang dibenarkan dibawah polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat


Harta yang layak


* Harta Kediaman yang terletak dalam Malaysia
* Nilai minimum hartanah RM100,000
* Nilai maksimum hartanah RM400,000
* Dihuni oleh pemilik ( pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)


Keperluan Pembiayaan


* Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 30 tahun
* Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
* Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
* Rekod simpanan (rizab kecairan untuk 3 bulan ansuran)
* Insuran/ takaful kebakaran diwajibkan


Permohonan


Permohonan untuk pembiayaan dibawah skim ini boleh di buat di cawangan bank-bank yang terlibat;